Thursday, 4 December 2014

JIN YANG PENIPU Bahagian 2




Kebanyakan orang yang mengaku-ngaku sebagai seorang perawat dan mempunyai ilmu yang luar biasa ni, adalah org yang:

1. Dia memang latar belakang ustaz, tetapi syaitan melantiknya menjadi wali syaitan dengan cara memesongkan cara mengubatnya. contoh seorang ustaz di Malaysia yang sangat terkenal tentang pengubatan "islam" belajar dari Ulama yang terkemuka iaitu Wahid Abdussalam Bali. sungguh dia belajar dari sumber yang benar, tetapi dia mengamalkan ilmunya dengan cara yang berbeza dari yang dia pelajari ( cara sendiri yang dia yakin berhasil) . Ayat yang dibacanya benar dari quran, tetapi ditokok tambah dengan kaedah-kaedah yang tidak dikenal oleh Sunnah tak diajar pun oleh gurunya.

dia menjadikan pengalamannya sebagai gurunya. ketahuilah, Imam Ahmad sendiri walaupun dia telah meninggal dunia, capalnya pun ditakuti syaitan, tak perlu pun dia ada dan membaca jampi serapah, sebab apa? sebab akidahnya benar. ilmunya benar, amalannya benar. Maka sudah cukup untuk digeruni syaitan.
Ustaz ni pula, siap baca ayat rukyah dan dicampur kaedah tertentu,serta dia menjual tangkal yang perlu diletak dirumah, jual ubat yang tak logik akal. wajib beli ubatnya. dan mengenakan bayaran melampau. memegang pesakitnya walaupun perempuan. Haram tetap haram. apa kena mengena penyakit rohani  dengan fizikal. bagi alasan darurat dan samakan dengan penyakit fizikal macam dr hospital. tak sama langsung.

2. Orang yang tidak mengamalkan islam secara benar. Dia adalah orang yang jauh daripada agama, orang yang begini sangat suka didampingi oleh syaitan. sebab dia akan berbuat sesuatu yang diajar syaitan sebab dia tak tahupun apa yang dia buat itu betul atau salah. disebabkan kepandaiannya itu, dia dikenal oleh kawan-kawannya, mulalah dia terkenal di kalangan kawan-kawannya dan seterusnya mereka mendatanginya mendapatkan rawatan atau menilik nasib dan macam-macam lagi.

Kita boleh melihat orang yang begini, tidak kita jumpa mereka di masjid, tidak dimajlis ilmu, sebab mereka merasakan mereka dah tahu semua benda.

3. ahli Ibadah yang tidak mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh. Selalu saya ingatkan, jika bab dunia kita fokus dan seringkali memastikan apa yang kita buat tu tepat dan step by step dari sumber yang benar. Tetapi dalam bab agama, kita buat sambil lewa sahaja. asal dengar orang cakap dari Nabi, terus kita ikut tanpa kita kaji betul-betul.

Ahli Ibadah adalah orang yang suka beribadah. Ye Alhamdulillah bagus, tetapi mereka jarang belajar samaada amalannya itu benar menepati petunjuk Rasulullah atau tidak. Mereka inilah yang sering bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki berjubah putih yang mengaku sebagai orang alim, mengajarkan beberapa kalimat, dan ilmu. dengan dia mengamalkan kalimat itu dia mampu buat pekara yang luar biasa, boleh mengubat dan sebagainya. Ingatlah, hanya Nabi Muhammad sahaja para Jin dan Syaitan tak boleh menyerupai. selain darinya, dia boleh menyerupai.

 Maka ahli ibadah inilah yang akan membuat pekara-pekara luar biasa. Ketahuilah jika ia adalah karamah, ia bukanlah pekara yang boleh dibuat secara sengaja. Karamah berlaku secara tanpa sengaja. Ini tidak, ahli ibadah ini ada yang boleh terapung, ada yang boleh terbang, ada yang boleh melihat sesuatu tempat tanpa berada disitu dengan sengaja.

Mereka kelihatan tawadhu, tetapi sayangnya mereka di jerat dengan belitan tipudaya syaitan kerana mengamalkan amalan yang tidak berasal dari sumber yang benar. Membuat air jampi, dan dijual. Adakah ayat quran itu tujuannya untuk dijual beli?

Nak dijadikan kisah. dan ia kisah benar:

Ada suatu ketika di sebuah perkampungan. suatu kawasan lapang nak dibangunkan sebagai taman permainan. tetapi ada satu batu besar.  dikeliling batu itu tanah telah dibersihkan dan diratakan. Setiap kali jentera mahu memecahkan batu itu, pasti jentera akan padam sendiri. ia menyebabkan kontractor pelik. Maka dipanggil orang alim untuk bantu.  Maka datanglah seorang lelaki ahli ibadah. Dia bertapa disitu, solat, berzikir, maka dia dibetitahu bahawa disitu ada jin. Jin tu kata padanya itu tempat tinggalnya, kampung itu ada ketua kampung yang bagus. maka apabila diberitahu pada ketua kampung disitu, maka tempat itu tak jadi dimajukan, dibiarkan sahaja, dan dalam masa yang sama, bagi menghormati Jin tu, ketua kampung ini membina sebuah keris besar anti karat (stainless steel) berhampiran tapak itu dan diberi nama sempena nama Jin yang menetap disitu.
Inilah kesyirikan terbesar dikampung itu. Pak Imam pun tak mampu berbuat apa-apa. Kerana mereka tidak dididik dan belajar akidah. Ingatlah ketika perang Ahzab, Para sahabat pun tak boleh memecahkan batu besar, mereka rujuk pada Nabi Muhammad, maka Nabi memecahkannya dengan tangannya sendiri. Kenapa kita sekadar membaca sejarah, tapi tidak memahaminya. Apa yang patut dibuat adalah bacalah apa yang diajar Rasulullah. kuatkan imam dan takwa, mohonlah sesungguhnya pada Allah dengan seiklas hati untuk memecahkan batu itu. Jika semua kontraktor buat macam ni, maka, tak membagunlah negara ini. Projek semua gagal, sebab Jin punya rumah.
Jin dan Syaitan memang bijak, sebab mereka berumur panjang. Mereka punya banyak pengalaman dan tahu macam mana nak sesatkan seseorang anak adam. mereka akan mencucuk jarum demi jarum. Tak berjaya cara ni, mereka cari cara lain. Ingat mereka sangat sabar, cuma kita kurang sabar. Hanya orang yang bertwakal sungguh-sungguh pada Allah denagn petunjuk Rasullah sahaja akan selamat dari tipudaya syaitan. Tujuan utama mereka adalah mensyirikkan anak adam, terutama sebelum nafas terakhir. 

Berapa ramai orang yang telah dia sesatkan. Sangat ramai. terutama dalam bab rawatan islam ini. Cara rawatan islam adalah yang terbaik, tetapi dilakukan dengan cara yang salah, maka ia terus terpesong.

No comments:

Post a Comment