Friday, 28 November 2014

JIN YANG PENIPU bahagian 1

Sekadar berkongsi sedikit ilmu berkenaan tipu daya syaitan menyesatkan manusia.


Sejak kecil diri ini sudah mengenal apa yang dinamakan alam jin. Jin sering kali mendampingi dan memberi tunjuk ajar dalam perihal kehidupan..


ia hadir macam nak bantu...


tapi hakikatnya mengajak kepada lembak kesyirikan yang sangat halus.


setelah kita rasa selesa engan dia maka kita pun mudah berborak dengan dia.


pertama.


1. mengaku ambil air mata ikan duyung sebenar yang boleh digunakan sebagai minyak pengasih.


2. Ada kaedah memisahkan suami isteri yang paling ampuh tetapi sangat bahaya.


3. Ada kaedah untuk dapatkan no ekor yang confirm no 1 dengan cara menipu malaikat mungkar nangkir..


4. mengaku malaikat maut jaga agar kita tak dengar apa yang dia kata.


5 dia waktu zaman jepun dulu lari kedalam gua, lepas tu bertapa disitu ( asalnya manusia- jadi bunian)-- hakikatnya dia jin.


6.mengaku tahu macam-macam, pernah tanya pada dia, apa maksud surah alam nashrah, tetapi dia kata dia tak tahu.


7. boleh uji dia, bacakan ayat qursi dia seorang islam, maka dia takkan apa-apa.


8. ramai orang datang merujuk pada dia, duduk, seorag jin lelaki duduk di dalam badan perempuan, minta dipakaikan pakaian baju melayu hitam, bersongkok.


sangat garang orangnya.


meramalkan kawanku waktu itu seusia 7 tahun bila dah besar akan jadi pengamal perubat tradisional yang hebat, pandai mengurut. Tapi Allah nak buktikan didepan mataku, aku yang mengolatkan jenazah kawanku, ketika dia meninggal muda,sebab eksident.


9.Jin perempuan masuk kedalam badan lelaki. duduk bersimpuh dan bercakap lembut.


waktu itu aku bertanya pada yang empunya badan bukan haram ker perempuan bukan mahram duduk dalam badan lelaki..... akhirnya mereka menikah dan mengaku telah berumah tangga...


10. Ada peralatan yang diperasap dengan kemiyan. contoh badik, ia tumpul, tetapi apabila di asapkan dengan kemiyan, tiba-tiba ia jadi tajam. selalu main badik ni, banyak jual kat kedai tepi jalan Sungai perak. ada tulis ayat quran.


11. ada tali pinggang merah, dilarang bukak isinya, katanya nanti tak ampuh. Ia digunakan dalam persilatan, Jinnya mengaku seorang panglima. Tanya macam mana nak mengerunya.. senang sahaja bila takut, ucap Lailahaillah..... pelik tak.. kita takut, kita mengucap dilidah, tetapi dihati kita harap jin tu masuk badan kita dan boleh bersilat dengan sangat hebat, bahkan boleh terbang.


12. Antara barang lainnya adalah tunggul kayu yang di jumpa di dalam kebun. bentuknya macam kayu buruk. dibalutkan dengan kain kuning. pun diperasap.


13. Setiap awal muharam pasti akan ada ritual perasap semua barang-barang ni dengan kemiyan, dan parang serta badik dimandikan dengan air limau.


14. Makanan kesukaan jin ni adalah pisang emas. serta pulut kuning.
Dia makan sikit jer. lepas tu dia letak tangan atas pulut kuning tu, dan dia kata makan bakinya.


15. Mengaku memakaikan baju ghaib padaku untuk melindungiku.


16.  waktu ketika aku kecil ada org terkena sihir, sihir itu menempias pada tangan ku.  maka org tanya pada dia, penjaga aku tak mampu lawan ker, dia kata tak sebab kecik lagi. (qarin ku).


17.waktu ku di sekolah menengah aku diajar silat, dan ada silat ghaib. ikut amalan silat itu aku dilarang bgthau yang aku belajar silat, sebab nanti akan ada ujian lawat dengan makhluk ghaib..


untuk silat gaib ni amalannya mudah sahaja iaitu baca alfatihah, cuma cara bacanya lain.


maka dengan macam yang diajar, kita mampu menumbuk angin dan orang yang kita lawan di kejauhan akan jatuh.


18. ketika tercekik tulang ikan aku diajar memabaca jampi yang ada nama nabi. pastu telan nasi kepal.


19. untuk menjadi seorang yang digeruni dan mempunyai suara yang lantang, aku diajar jampi yang ada kalimah syahadah, tetapi ada kesyirikan di dalam jampi ini. sebab kun fayakun adalah Firman Allah, tetapi dalam jampi ini. kun kata Allah, fayakun kata Muhammad. maka kita menyamakan Allah dan rasul.  panjang lagi jampinya, tapi malas nak bahas, sebab ini pun dah syirik


20. Mana ada jin Islam boleh minta bantuan Raja jin untuk minta no ekor, nampak sangat penipunya.


21. Pernah yang empunya badan dirasuk jin kepala putih.ada org  suruh baca ayat quran. aku pun surah fatihah, Jin tu boleh aminkan... pastu dia gelak-gelak.
dia kata fatihah tu kan doa. dia tahu tapi dia jenis jin jahat. yang menghina alquran dan mengganggu manusia


22.Pernah ku bermimpi, jin nak bersahabat denganku. Waktu tu aku masih kecil. Tetapi dalam mimpi tu, aku tolak, aku ingat lagi apa yang aku kata. "Aku adalah manusia, aku lebih mulia dari kamu." .. ingat, jangan pernah sesekali bersahabat dengan jin. mereka penuh tipu daya.


23. Waktu ku di U ada jin datang padaku, katanya dia dari zaman nabi nuh. dia suruh aku uji ilmu dia. dia bawak aku terbang. dan aku ingat malam tu aku kacau budak tengah bersekedudukan.. waktu jin tu datang, aku separa sedar.
Bila dah subuh aku terjaga. waktu tu tidur di masjid.. pandai dia cuba pengaruh.


-------------------------


Ketahuilah, bahawa jin adalah makhluk yang macam manusia juga sifat-sifatnya, ada baik ada jahat. dan ketahuilah bahawa jin yang baik tak kacau orang, dia tahu haram untuknya masuk dalam badan manusia.  kalau contoh pun dia nak tolong manusia, dia akan tolong tanpa manusia minta bantuan. Kalau sungguhlah dia kuat. dia dah lama pergi perang bantu para mujahidin berperang tanpa diminta.


Ingatlah. kita dilarang percaya apa pun yang dikatakan oleh kaum jin. mereka penuh tipu daya. dan mana-mana pun pengamal perubatan yang mengaku ustaz, tetapi dia mengamalkan kaedah perubatan yang bercanggah dengan sunnah, maka dia adalah bomoh bertopeng gelaran ustaz yang haram kita mendatangi mereka.


contoh kaedah rawatan yang haram dan bercanggah dengan islam yang pengamalnya tak layak dipanggil ustaz:


1. memegang pesakit yang bukan mahram
2. membakar batu yang kononnya membakar jin
3. menyembelih jin
4. bercakap-cakap dengan jin tanya nama, tanya agama, tanya asal mana dan macam-macam lagi
5. memukul dengan kuat pada pesakit.
6.menjual ubat-ubat sampingan kononnya sebagai ubat susulan
7. mewajibkan beli ubat yang perlu di simpan sebagai tangkal yang perlu di simpan dirumah atau dipakai dibadan
8.mewajibkan bayaran tertentu.
9. Mengaku boleh tahu berapa bilangan jin yang ada di dalam badan pesakit.
10. mengaku boleh lihat jin
11. memberikan bacaan tertentu yang bukan ayat quran atau hadith Nabi untuk dihafal sebagai pendinding diri.
12. minta agar disembelih binatang korban.
13.minta agar membuka aurat.
14. mengaku boleh tangkap jin masukkan dalam botol
15. mengaku boleh datang rumah dan pagar rumah dan dikenakan bayaran.
16. membuat pusat rawatan khas untuk menerima pesakit. dan ada jadual waktu khas.
17. minta agar penuhi syarat jin.
18. minta jin keluar dan pindah ke sesebuah tempat.
19. mengislamkan jin ( kononnya) sebab jin tak pernah boleh dipercayai.
20. buat perjanjian tertentu dengan jin.
21. menggunakan kemiyan, limau nipis, keris.
22. Menyeru nama-nama tertentu sebelum mengubati.
dan banyak lagi.


Ada di sebuah perkampungan, orang kampung dah buat laporan di pejabat agama menyatakan ada seorang pakcik megubat orang. pegawai agama di sebuah negeri yang penuh adat istiadat ini pun dtanglah. pastu mereka kata pakcik tu tak sesat.. macam manalah pegawai agama ni buat kerja.. nak kata jahil, pegawai agama kot.


pakcik tu ada simpan keris berlambak2, kemiyankan, mandikan. baca mentera, seru nama jin. tak sesat, tak syirik?  Mungkin pegawai agama yang datang ni pun jenis penyembah kubur kot.




No comments:

Post a Comment