Tuesday 23 June 2015

Salah ke nikah awal?

Salah ke nikah awal?
Assalamualaikum, cuba anda jawab soalan ini?

Bila mengenangkan kembali, inilah kertas kerja yang saya buat ketika hendak nikah tahun 2009 dahulu yang tajuk asalnya

"Apa sebab ingin menikah awal?"

saya ubah sikit hari ini agar mudah di hadam

Waktu ketika itu saya sudah bertunang, setelah berhempas pulas bercakap dengan lidah bahawa anak teruna ini (ketika itulah) bukanlah anak yang masih tiada rasa apa-apa pada si hawa.

Maka dengan izin Allah, terbukulah sebuah kertas kerja yang dicetak dua bahagian. Satu untuk keluarga wanita,yang kedua untuk keluargaku sendiri.

Hanya Allah yang tahu, susahnya hendak nikah pada ketika usia baru 21 tahun,
Di tahun akhir Universiti Malaysia Sabah. Masih tidak punya kerja, hanya sekadar kerja sambilan, menjual nasi lemak dari bilik ke bilik, jahit kasut, repair computer, jual top up. Yer… yang biasa budak U buat.

Nak kumpul RM10 ribu…. Huhu..
Saya bukan anak orang kaya..
Ibu bapa penoreh getah, yelah tahun tu, getah bukan mahal sangat. Ibu bapa mertua pula kerja kampong.. sama jer, tak kaya, sekadar cukup untuk hidup.

Perjuangan untuk nikah pada ketika itu dibantu oleh banyak pihak, dan ada juga yang mencaci. Cacian dari seorang Dr. hmm..

Penulisan ini adalah hujah ilmiah yang saya tulis dan telah dirujuk kepada Ustaz Abdul Wahab Bustami sebelum dicetak 2.

Dengan bantuan beberapa orang ikhwah dan akhwat, akhirnya kami disatukan. Hantaran dapat direndahkan, majlis di ala kadarkan.

Kami tidak pernah mengenal antara satu dengan lain. Saya di Sabah, si dia di Serawak.

Pertama kali jumpa, depan mak ayahnya. Dikenalkan oleh saudara saya. Mana orang tak bingung, jumpa tidak, kenal tidak, tup-tup nak nikah…

Dahlah masih belajar. Dua-dua macam tu.

Setelah nikah, kami kembali ke Sabah dengan duit di poket ketika itu hanya RM20 sahaja.

Dan kini setelah 6 tahun pernikahan,iaitu nikah pada 12 JUN 2009, saya berani untuk kongsikan kertas kerja saya. Kertas kerja ini ditulis pada 26 April 2009, (di dalam masjid UMS). Setelah disemak, barulah di berikan pada keluarga.

Kami bertunang pada bulan 12 2008. Asal tarikh nikah hujung bulan 12 2009 (tunang setahun).

Setelah kerja keras kami dinikahkan awal. Alhamdulillah.
Pancaroba pernikahan tak perlu di ceritakan. Tetapi hadirnya tulisan ini adalah untuk sama-sama membuka minda. Bahawa pernikahan adalah mudah. Banyak yang boleh dijimat.

Peranan ayah, abang, adik, kakak, saudara mara sangat penting. Tidak ada mengaibkan sesiapa. Point paling penting kembali kepada pegangan salafussaleh, maka mudahlah segala urusan.


Saya kongsikan sedikit pengalaman dan kajian saya bersama anda.

klik pada gambar di bawah ini , buka pada browser baru. boleh save dan kongsikan pada teman-teman yang lain.
 terima kasih





Semoga ia dinilai ilmu yang bermanfaat disisi Allah.

Ia mengandungi 101 muka surat temasuk muka hadapan.








Monday 22 June 2015

Kelahiran Alami atau Kaedah Kelahiran di Hospital

Kelahiran Alami
atau
Kaedah Kelahiran di Hospital

Hadirnya tulisan adalah kerana keadaan semasa yang menjadi viral di dalam facebook atau mana-mana media social yang lain berkenaan topik “ natural birth” atau dikenali oleh para doctor sebagai “ unassisted birth

Kajian ini adalah kajian ilmiah yang memaparkan sudut pandang mencakup semua bahagian.
  1. 1.  Agama
  2. 2.  Emosi
  3. 3.  Sains
  4. 4.  Masyarakat
  5. 5.  Adat istiadat

Penulis menggunakan method mendatang hujah jelas berdasarkan kajian semasa yang kini mudah di cari internet. Melalui website- website antarabangsa. Jurnal-jurnal perubatan terkini, serta kajian saintific dari website kimia. Bahkan terdapat banyak buku baku yang dijadikan rujukan dalam kajian ini juga.

Menggunakan E-book sebagai medium penyampaian adalah bertujuan agar para pembaca boleh menyemak sendiri seluruh rujukan penulis lewat url yang disertakan dinota kaki.

Lebih memudahkan lagi, pautan video turut di lampirkan. Penggunaan bahan-bahan pembelajaran para doktor dan midewife lebih meyakinkan.

Penulis mempunyai keilmuan dalam bidang Kimia daripada Universiti Malaysia Sabah, dan turut mempunyai asas dalam bidang biologi. Maka membaca dan memahami apa yang disampaikan oleh para doktor dalam jurnal mereka tidak menjadi satu masalah.

Pengalaman penulis yang sudah mempunyai isteri dan telah melihat,mendengar,merasa, terlibat dan mengkaji proses kelahiran ketiga-tiga anak lelaki penulis menyebabkan penulis berani membuat satu kumpulan ilmu dalam bentuk E-book ini.

Menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perbahasan di dalam tulisan ini,tidak menjatuhkan tingkatan kualitinya, kerana bagi penulis, kita kena faham dan sampaikan dengan cara paling mudah kepada pembaca agar ilmu itu difahami dengan kefahaman yang paling tepat. Janganlah kita menjadi burung murai yang membaca tetapi tidak faham isi kandungan bacaan.

Bahasa ilmu bukanlah bahasa enggeris tetapi bahasa Arab. Bahasa enggeris adalah bahasa orang eropah. Bangsa Jepun maju kerana semua urusan mereka dalam bahasa jepun. Begitu juga China, korea, India, Arab dan kebanyakan Negara maju. Hatta Amerika Syarikat pun maju sebab bahasa enggeris adalah bahasa harian mereka.

Maka penulis menyusun tulisan ini sebaik mungkin agar ia boleh menjadi sedikit bahan rujukan ataupun sekurang-kurangnya pembuka jalan kepada ilmu kelahiran untuk para ibu.

Penulis menyasarkan agar E-book ini dimiliki oleh semua ibu yang memahami bahasa melayu. Ia mempunyai banyak bahagian, dan total jumlah muka surat adalah 60.

Universiti kehidupan tak pernah ada gradusi, melainkan di hadapan Rab di akhirat kelak, maka tak salah kita terus menimba ilmu.

Isi kandungannya:





Ia bukan untuk dijual, tapi di kaji dan dipelajari




Tulisan ini ditujukan kepada:
1.  Semua wanita terutamanya ibu agar mereka tahu dan bersedia untuk menghadapi situasi yang mejoriti semua wanita akan mengalaminya. Iaitu bersalin.
2.  Para pengamal perubatan, iaitu para doktor disemua bidang agar tahu dan menerangkan kepada pesakit sebab dan akibat setiap proses yang mereka lakukan.
3.  Para pengamal perubatan alternatif, agar mereka tahu dimana mereka berpijak.
4.  Jabatan Kesihatan, agar memberikan ruang dan peluang kepada Ibu memilih cara kelahiran anak mereka kerana akibatnya Ibu yang akan menanggungnya.
5.  Kepada pencari kebenaran. Islam adalah agama yang lengkap,tidak ada satu pekara pun yang tidak dijelaskan.
6.  Kepada orang awam, agar jangan sewenang-wenangnya mengkritik atau menghina pilihan yang dibuat oleh seorang ibu dalam cara melahirkan anaknya.
7.  Seluruh manusia yang tahu membaca, bacalah kerana dengan membaca banyak perkara akan tersingkap dengan jelas.





 tekan disini




ADA BEBERAPA LINK TERPAKSA PENULIS REMOVE UNTUK TATAPAN UMUM KERANA IA MELIBATKAN AURAT. PENULIS HANYA BOLEH BERIKAN KEPADA PARA DOKTOR YANG BENAR-BENAR INGIN MENGKAJI SAHAJA, BOLEH WHATSAPP KE NO

01128369452(Abu Urwah Nasarudin)


dan penulis akan memberikan ebook melalui email. Pastikan anda mempunyai email yang aktif. Boleh juga melalui pautan di messager facebook.