Kelahiran Alami
atau
Kaedah Kelahiran di Hospital
Hadirnya tulisan adalah kerana
keadaan semasa yang menjadi viral di dalam facebook atau mana-mana media social yang lain
berkenaan topik “ natural birth” atau dikenali
oleh para doctor sebagai “ unassisted birth”
Kajian ini adalah kajian ilmiah
yang memaparkan sudut pandang mencakup semua bahagian.
- 1. Agama
- 2. Emosi
- 3. Sains
- 4. Masyarakat
- 5. Adat istiadat
Penulis menggunakan method
mendatang hujah jelas berdasarkan kajian semasa yang kini mudah di cari internet. Melalui website- website antarabangsa. Jurnal-jurnal perubatan terkini, serta kajian saintific dari website kimia. Bahkan terdapat banyak buku baku yang dijadikan rujukan dalam
kajian ini juga.
Menggunakan E-book sebagai
medium penyampaian adalah bertujuan agar para pembaca boleh menyemak sendiri
seluruh rujukan penulis lewat url yang
disertakan dinota kaki.
Lebih memudahkan lagi, pautan
video turut di lampirkan. Penggunaan bahan-bahan pembelajaran para doktor dan midewife lebih
meyakinkan.
Penulis mempunyai keilmuan dalam bidang Kimia daripada Universiti
Malaysia Sabah, dan turut mempunyai asas dalam bidang biologi. Maka membaca dan
memahami apa yang disampaikan oleh para doktor dalam jurnal mereka tidak
menjadi satu masalah.
Pengalaman penulis yang sudah
mempunyai isteri dan telah melihat,mendengar,merasa,
terlibat dan mengkaji proses kelahiran ketiga-tiga anak lelaki penulis
menyebabkan penulis berani membuat satu kumpulan ilmu dalam bentuk E-book ini.
Menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perbahasan di dalam
tulisan ini,tidak menjatuhkan tingkatan kualitinya, kerana bagi penulis, kita
kena faham dan sampaikan dengan cara paling mudah kepada pembaca agar ilmu itu
difahami dengan kefahaman yang paling tepat. Janganlah kita menjadi burung
murai yang membaca tetapi tidak faham isi kandungan bacaan.
Bahasa ilmu bukanlah bahasa
enggeris tetapi bahasa Arab. Bahasa enggeris adalah bahasa orang eropah. Bangsa
Jepun maju kerana semua urusan mereka dalam bahasa jepun. Begitu juga China,
korea, India, Arab dan kebanyakan Negara maju. Hatta Amerika Syarikat pun maju
sebab bahasa enggeris adalah bahasa harian mereka.
Maka penulis menyusun tulisan
ini sebaik mungkin agar ia boleh menjadi sedikit bahan rujukan ataupun
sekurang-kurangnya pembuka jalan kepada ilmu kelahiran untuk para ibu.
Penulis menyasarkan agar E-book
ini dimiliki oleh semua ibu yang memahami bahasa melayu. Ia mempunyai banyak
bahagian, dan total jumlah muka surat adalah 60.
Universiti kehidupan tak pernah ada gradusi, melainkan di hadapan Rab di akhirat kelak, maka tak salah kita terus menimba ilmu.
Universiti kehidupan tak pernah ada gradusi, melainkan di hadapan Rab di akhirat kelak, maka tak salah kita terus menimba ilmu.
Isi kandungannya:
Ia bukan untuk dijual, tapi di kaji dan dipelajari
Tulisan ini ditujukan kepada:
1. Semua wanita terutamanya ibu agar
mereka tahu dan bersedia untuk menghadapi situasi yang mejoriti semua wanita akan
mengalaminya. Iaitu bersalin.
2. Para pengamal perubatan, iaitu
para doktor disemua bidang agar tahu dan menerangkan kepada pesakit sebab dan
akibat setiap proses yang mereka lakukan.
3. Para pengamal perubatan
alternatif, agar mereka tahu dimana mereka berpijak.
4. Jabatan Kesihatan, agar
memberikan ruang dan peluang kepada Ibu memilih cara kelahiran anak mereka
kerana akibatnya Ibu yang akan menanggungnya.
5. Kepada pencari kebenaran. Islam
adalah agama yang lengkap,tidak ada satu pekara pun yang tidak dijelaskan.
6. Kepada orang awam, agar jangan
sewenang-wenangnya mengkritik atau menghina pilihan yang dibuat oleh seorang
ibu dalam cara melahirkan anaknya.
7. Seluruh manusia yang tahu
membaca, bacalah kerana dengan membaca banyak perkara akan tersingkap dengan
jelas.
01128369452(Abu Urwah Nasarudin)
dan penulis akan
memberikan ebook melalui email. Pastikan anda mempunyai email yang aktif. Boleh
juga melalui pautan di messager facebook.
No comments:
Post a Comment