Wednesday 16 July 2014

Syirik percaya pada "Jangan Upload Gambar Anak Bawah 40 Hari"



Assalamualaikum dan selamat berpuasa.  Ingin sama-sama mengkaji dan membetulkan akidah kita bersama..

Dalam isu JANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BAWAH 40 HARI.  Ia menjadi satu perkongsian mejoriti  Rakyat Malaysia. Dengan alasan akan terkena ain.

Menggunakan hadith ain. Maka kita rujuk hadith ini
Terdapat banyak hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam yang menyebut mengenai ‘ain dan ini  membuktikan kebenarannya dan kewujudannya. Ia mungkin kedengaran agak janggal bagaimana pandangan mata itu boleh merosakkan, memudaratkan atau menyebabkan seseorang itu sakit. Tetapi sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan perkara ghaib, kita wajib menerima perkara ini walaupun ia sukar diterima akal dan kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan ‘ain supaya tidak menimpa kita dan ‘ain kita tidak pula menimpa orang lain.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : Sesungguhnya pandangan mata itu adalah benar. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad]
Disebutkan dalam penjelasan hadis ini bahawa pandangan mata itu adalah sesuatu yang telah Allah jadikan sebagai satu sebab yang boleh memudaratkan dan ia memang benar-benar wujud! Ia boleh terjadi apabila orang yang memandang itu kagum dengan sesuatu yang dipunyai oleh orang lain, lalu dia menginginkan kebinasaan atau kemudaratan ke atas orang itu [Lihat : al-Mubarakfuri, Tuhfat al-Ahwazi, 6/186].
Dari Ibn ‘Abbas radhiyallallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Pandangan mata itu adalah benar, jika ada satu perkara yang boleh mendahului qadar (ketetapan Allah), maka ‘ainlah yang boleh mendahuluinya”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
Hadis ini menunjukkan besarnya mudarat yang boleh dikenakan oleh ‘ain. Jika diandaikan adanya satu kekuatan yang boleh mendahului ketetapan Allah, itulah ‘ain. Walaubagaimana pun ia tetap tidak dapat mendahuluinya kerana kita mengimani bahawa ilmu (ketetapan) Allah mendahului segala-galanya.
‘Ain ada 2 jenis : ‘ain manusia dan ‘ain jin.

Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam melihat seorang hamba perempuan di rumahnya dan mukanya berubah warna kehitaman. Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Berilah ia ruqyah (jampi), sesungguhnya dia telah ditimpa pandangan mata”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim].
 Disebutkan bahawa pandangan mata itu ialah pandangan mata jin. [Lihat al-Baghawi,Syarh as-Sunnah].

.
Dalam satu hadis juga ada menceritakan kisah seorang Sahabat yang bernama Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu seorang Sahabat yang lain yang bernama ‘Aamir bin Rabi’ah berjalan melewatinya yang sedang mandi. Apabila ‘Aamir ternampak kulit Sahl yang putih dan cantik itu, beliau terus berkata dengan penuh kagum : “Demi Allah, aku tidak pernah melihat (sesuatu) seperti yang aku nampak hari ini hatta tidak seperti kulit hamba perempuan!”. Lalu Sahl terus jatuh pengsan. Maka Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam datang kepada ‘Aamir dan dengan marah Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Untuk apa kamu hendak membunuh saudaramu? Apakah kamu tidak mendoakan keberkatan baginya? Mandilah untuk dia!”. [Diriwayatkan oleh al-Imam Malik; al-Arna-uth berkata : Perawinya semua dipercayai]

Maka kita ketahui disini semua penyakit ain ini berlaku disebabkan pandangan mata.

Maka bagaimana boleh meletakkan satu tempoh masauntuk upload gambar bayi?
Dan apa kesannya? Kesannya adalah melibatkan akidah, iaitu merasa sial. Atau didalam hadith ia dikenali sebagai Thiyarah . dan Thiyarah adalah meramalkan keberuntungan dan kesialan dengan sesuatu


Mengenai Anggapan Bernasib Sial

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Ketahuilah, sesungguhnya perkara sial (yang berlaku pada) mereka itu adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi mereka tidak mengetahui”  (QS. Al A'raf, 131)

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Mereka (para Rasul) berkata: "perkara sial (yang berlaku pada) kalian itu adalah kerana kalian sendiri, adakah kamu diberi peringatan (bahawa kamu bernasib sial)? sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas.”
(QS. Yasin, 19).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak ada 'Adwa, Thiyarah, Hamah, Sofar"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim), dan dalam riwayat Imam Muslim terdapat tambahan: "dan tidak ada Nau', serta ghaul." [68].

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Anas bin Malik r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Tidak ada 'Adwa dan tidak ada Thiyarah, tetapi Fa'l menyenangkan diriku", para sahabat bertanya: "apakah Fa'l itu?" baginda menjawab: "iaitu kata-kata yang baik"

Abu Daud meriwayatkan dengan sanad yang sahih, dari Uqbah bin Amir, dia berkata: "Thiyarah disebut-sebut di hadapan Rasulullah s.a.w., maka baginda pun bersabda:

"Yang paling baik adalah Fa'l, dan Thiyarah tidak boleh menggagalkan seseorang muslim dari niatnya, apabila salah seorang di antara kamu melihat sesuatu yang tidak diinginkannya, maka hendaknya berdo'a: "Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak kejahatan kecuali Engkau, dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali atas pertolonganMu".

Abu Daud meriwayatkan hadith yang marfu' dari Ibnu Mas'ud r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Thiyarah perbuatan syirik, thiyarah perbuatan syirik, tidak ada seorang pun dari antara kita kecuali (telah terjadi dalam hatinya sesuatu dari hal ini), hanya saja Allah s.w.t. boleh menghilangkannya dengan tawakkal kepadaNya".(Hadith Riwayat Abu Daud)

Hadith ini diriwayatkan juga oleh At Tarmizi dan dinyatakan sahih, dan perkataan terakhir dia jadikan sebagai ucapan Ibnu Mas'ud)

Imam Ahmad meriwayatkan hadith dari Ibnu Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barang siapa yang mengurungkan hajatnya kerana thiyarah ini, maka dia telah melakukan perkara syirik", para sahabat bertanya: "lalu apa yang boleh menebusnya?", Rasulullah s.a.w. menjawab: " hendaknya dia berdoa: "ya Allah, tiada kebaikan kecuali kebaikan dariMu, dan tiada kesialan kecuali kesialan dariMu, dan tiada sembahan kecuali Engkau"

Dan dalam riwayat yang lain dari Fadl bin Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesugguhnya Thiyarah itu boleh menjadikan kamu terus melangkah, atau yang boleh mengurungkan niat (dari tujuan kamu)"

Maka, jika kita mengkaji menggunakan dalil hadith dan al-quran, maka kita akan dapati, meletakkan tempoh masa 40 hari terawal sebagai suatu kerisauan anak terkena penyakit ain adalah tidak berasas. Kerana:
1)   Menetapkan masa 40 hari adalah suatu perasaan Sial (merasa sial) hingga menyebabkan kita takut untuk berbuat sesuatu. Ia adalah kesalahan Akidah yang boleh menggugat kepercayaan kita pada Allah.Dalam Hadith sudah menjelaskan.

2)   Penyakit ain adalah penyakit yang berlaku apabila seseorang melihat seseorang atau sesuatu yang dia kagum atau benci tanpa mengucapkan kalimah Subahanallah . Maka Ain itu akan berlaku sama ada kita perasan atau tidak.
3)   Penyakit ain boleh berlaku tanpa ada had umur. Tak kira umur sehari atau 100 tahun.Sebab menjoriti hadith penyakit ain adalah pada usia dewasa, hanya da satu tentang bayi, tetapi martabatnya dinilai dhaif oleh para ulama.
4)   Penyakit ain adalah penyakit yang boleh diubati dengan ruqyah atau penglibatan orang yang menyebabkan berlakunya ain.
5)   Anak umur bawah 40 hari tetap dipandang orang sebagai anak yang comel. Adakah sebab takut penyakit ain, maka kita WAJIB selubung anak kita bila kita keluar dari bilik kita? Sebab Ain lebih Mudah berlaku bila pandang direct.
6)   Menggunakan pengalaman merawat pesakit kanak-kanak sebagai alasan mengetahui punca anak sakit sebab post gambar anak bawah umur 40 hari adalah suatu kebatilan, sebab ia adalah prasangka semata dan menggunakan hadith umum dan memaksakan hadith itu selari dengan pandangan peribadi. Ia adalah kebatilan ilmiah yang menipu.
7)   Anak-anak mejoriti sakit sebab.
a)   Tidak disusukan sepenuhnya (campur bagi susu tepung, air masak)
b)   Ditinggalkan pusat-pusat asuhan, tempat dimana anak tidak dijaga sebaiknya. Anak sekecil ini memerlukan Ibunya sendiri menyusukannya dan menjaganya, kerana imunisasi badan anak terbina dengan susu ibu dan hanya badan ibu sahaja anak terbebas dari sebarang kuman atau penyakit.
c)   Ibu kurang ilmu menjaga anak, tidak kerap menukar lampin. Membiarkan anak menangis lama tanpa dipujuk dan disusukan- akibatnya anak akan mudah demam. Waktu bawah 40 hari anak sedang membina sel-sel badannya, jika dibiar menangis berpanjangan, maka anak akan cepat sakit.
d)   Ibu beralasan tidak punya susu, sebab itu tak menyusukan anak dan beri anak supliment lain. Hakikatnya semua ibu mampu menyusukan anak, bila-bila masa, dimana jua, dalam apa keadaan sekalipun. Ibu perlu tuntut ilmu.

Maka, belajarlah akidah agar kita tidak tersesat dan saling menyebarkan maklumat palsu tanpa ada sandaran hadith dan al-quran.

p/s: ini belum masuk bab ambil gambar.
-Abu Urwah Nasarudin-