Friday 26 December 2014

Banjir titik hitam peradaban manusia

Banjir titik hitam sejarah peradaban manusia

Banjir yang tiba adalah bencana dan rahmat dari yang Esa,
Malapetaka dan ubat bagi yang lena dan leka,
Pada penguasa mahupun rakyat jelata,
Yang berhibur tanpa ingat akhirat sana,

Takut dan kecewa membeban jiwa,
Mencongak nasib tak tahu kemana,
Mencari bukit dan teduhan untuk secebis nyawa,
Menghirup udara kesedihan tiada akhirnya,
Menghitung masa menyerah nyawa pada Pencipta,

Taubat dan insaf tiada terdaya,
Teringat insan tercinta tak tahu dimana,
Meredah ombak banjir tak pasti tempat pijaknya,
Mencari bahtera Nabi Nuh pasti tiada,
Yang ada hanya sedikit bantuan manusia,
Ada yang tiba ada yang tiada berita,

Untung meniaga tiada dikira,
Kerana kini ia tiada guna,
Walau wang ada berjuta,
Di bank atau rumah mempersona,
Hancur musnnah dilanda bencana,
Yang tinggal hanya harapan di dada,

Langit dan bumi jangan diminta,
Kerana mereka hanya hamba yang Esa,
Jangan syirik dalam berdoa,
Kerana syaitan tak pernah lena,
Menarik manusia kelembah durjana,
Sesat di dunia dan di akhirat sana,

Salat hajat tiada berguna,
Jika tiada asal dari Rasul-Nya,
Juga syirik pada yang Esa,
Ikhlaskan niat dalam berdoa,
Walau dimana pasti diterima,
Bertaubatlah wahai manusia,
Allah itu Maha kuasa,
Dunia hanya fatamorgana,
Banjir pasti akan sirna,
Yang tinggal hanya jasad tidak bernyawa,
Dan kita yang punya mata,


Insaflah wahai manusia
Allah dan Rasul paduan kita,
Bukan tangkal, patung atau artis Idola,
Agar selamat didunia dan akhirat sana.

By Abu Urwah Nasarudin
27.12.2014

Kuala lumpur

YEAR END SALE ARCHERY!!!


Wednesday 24 December 2014

JIN YANG PENIPU BAHAGIAN 3

Saka.
Pernah dengar tentang saka? Ramai orang bila disebut
tentang saka, mula merasa gerun dan gentar. Kenapa?
sebab jin ikut. Jin yang ikut pulak suka buat kacau.
menjelmalah, ganggulah. macam-macam kaedah cara
saka ni buat.
Saya taknak bahas macam mana saka kacau, tetapi nak
menjelaskan kaedah yang banyak digunakan untuk
merwat saka ni.

pertama. didalam islam tidak ada istilah saka, yang ada
gangguan syaitan. Bila seseoang mula terasa ada
bayang-bayang ikut, selalu mimpi kena kacau oleh hantu,
mulalah dia bertanya-tanya pada orang atau
kawan-kawannya. maka kawannya pun akan bagi
cadangangan. " Pergilah Scan kat ustaz tu, tah tah ada
saka ikut kot"..... ha mulalah cerita saka ni.

Sebelum tu ok jer.. maka pergilah mereka..
Teringat saya dahulu waktu belajar perubatan Islam dari
seorang guru. Dia kata pergilah test tanya pengamal
perubatan alternatif di Masjid Negeri  tu. Bukan nak
bertanya pun, nak test jer dia. Yang menariknya, bila
sampai.
1. Isi Borang. Di dalam borang ini terdapat beberapa
kolum yang menarik.
Nama
Umur.
Alamat Rumah
dah macam nak isi borang kerja kerajaan pulak. Apa
kena mengenanya.
2. Dengan hanya baca nama dan alamat, dia call seorang
ustaz, bagitahu nama  dan beberapa maklumat yang ada,
dia terus bgtahu rumah ada jin beberapa ekor, kawasan
rumah adalah laluan jin. tanpa datang ke rumah pun. ...
power beb.
3. "Ustaz" yang merawat dahi lebam sungguh ( banyak
sujud sambil tonyoh) tapi sayang dia isap rokok. Hanya
satu makluk dalam dunia yang makan asap iaitu Jin.
4. Jual air untuk dituangkan di kawasan rumah, sebotol
air mineral 1 L nya harga rm10.  wajib beli dalam 10
botol. wah kaya.
5. Tapi yang pelik dia dapat kebenaran dari majlis
agama. hmm....

maka, kami pun kata takpalah... kami pun blah dari situ..
Orang yang merawat pun kita tak tsiqah tengok. tak
payahlah.

Kenangan waktu di sebuah negeri Sunnah, disebuah
pusat anak-anak yatim dijaga. Sebuah persatuan yang
agak terkenal. Seorang lelaki mengaku boleh merawat
saka dan penyakit-penyakit rohani.
1. Dia hisap rokok. alasan mana ada islam haramkan,
dalil mana ada.
2. Dia merawat guna kaedah letak pensel atau pen atau
kayu kecil di antara jari kaki, kemudian dia kepit. Dia
tanya sakit tak? agak-agak apa jawapan anda?

tentulah sakit kan. maka dia kata, ha itu tandanya ada jin
dalam badan..

aduhai.... kalau kita buat kat dia pun kita kepit jari kaki
dia dengan pensel, agak-agak dia tak menjerit ker?....

budak kecik pun tahu sakit..

ni orang terkenal juga ni. ada team silat. Guru silat.  Jauh
tersasar.

Ada juga yang merawat pesakit perempuan, diusap-usap
belakang badan perempuan itu, katanya untuk mencari
dimana jin berada. sambil baca ayat quran. Untuk
pengetahuan, Jin kalau kita azan pun dah lari
mencicit-cicit. ni buat apa nak usap-usap pulak belakang
bukan mahram kamu wahai ustaz?.

alasan, saka. nak buang saka.
Ada pulak ustaz yang merawat saka ni, macam dalam Tv
tu, filem hantu saka harimau. Apabila dah di bacakan
rukyah, maka jin dalam badan pun bercakap. maka, si
perawat pun meninggikan suara. "keluar kamu, keluar."
maka jin pun cakap, "tak mahu, aku dah diamanahkan
untuk jaga anak cucu ketutunan si fulan selama 7
keturunan."
Fuh super setia jin ni. Maka pak ustaz pun kata," kau
boleh jaga anak cucu dia ni dengan syarat. "
Maka jin pun bertanya, " apa syaratnya"

"Kau wajib tunggu pokok jagung ni tumbuh baru kau boeh
jaga mereka. buat ketika ni jangan ganggu"
Maka jin pun keluar. Pak ustaz tadi pun pergilah tanam
benih jagung yang dah digoreng.
Ikut logik pak ustaz, dia telah berjaya menipu si jin sebab
jin tu akan duduk menunggu benih jangung itu tumbuh,
sedangkan benih jangung itu telah digoreng, maka takkan
tumbuh sampai bila-bila.
Tapi pak ustaz sebenarnya yang kena tipu. sebab jin tu
macam manusia juga. ada kehidupan, takdalah bodoh
sampai macam tu. kalau tak percaya, kita lihat orang
yang pernah dirawat buang saka kaedah ni. yer, mungkin
betul dia tak ganggu cara macam rasuk-rasuk tetapi
disebabkan kita tak nampak dia, dan dia nampak kita.
kita tahu tak yang dia mungkin dan telah pun
merosakkan keluarga kita.

contoh, anak super jahat. suami isteri bergaduh teruk.
semua kerja buat tak jadi. macam macam bala menimpa.
Sesungguhnya segalanya adalah takdir Allah, hanya
sahaja, syaitan ini memainkan peranannya merosakkan
anak adam. dia punya 1001 cara yang licik.

Paling best. ada ustaz tangkap jin masuk botol. pastu
campak dalam laut. Nak bertanyalah, jika jin itu
dimasukkan kedalam botol biasa yang tidak dijampi
dengan mentera-mentera tertentu, maka takkan boleh
memenjarakan jin dalam tu, sebab jin bukan punya jisim.
dia dari lidah api.  dia boleh masuk kedalam jasad anak
adam. inikan melalui diding botol yang lagilah nipis.
pastinya botol yang digunakan adalah botol yang telah
dijampi. dipagar dengan pemagaran jin juga.  Maka lawan
jin guna jin. apa faedahnya. buat syirik. tetap berdosa
Bagi menambah yakin lagi pengunjung atau pembaca
blog utaz tu, maka ditanyakan kepada pesakit lain yang
berada di klinik rawatan jinnya, nampak tak jin dalam
botol tu. maka pesakit tu kata, "nampak,ada."
macam mana yer pesakit tu boleh nampak?
macam ni.

Kita kan manusia, logiknya kita tak nampak jin, sebab jin
takda jisim. melainkan Jin menjelma jadi makhluk.
contoh, kucing hitam, ular, anjing, kadang-kadang
manusia. cuma yang pasti penjelmaannya pasti tidak
sempurna, dan pasti berbeza dari bentuk makluk asal
yang dijelmakan dirinya.
maka macam mana boleh nampak?
Macam ni. Jin berada dalam jasad manusia, maka orang
itu  yang boleh nampak jin. sebab jasadnya mampu
mengikut kelajuan gerak jin. sebab jin boleh berada
disesuatu tempat dengan masa yang singkat. boleh tgok
dalam quran tentang Nabi Sulaiman dan  singgahsana
Ratu Balqis.

Bila jin berada dalam badan manusia. ia umpama kita
naik kereta dengan kelajuan 140km/j. Jika kita di lebuh
raya, kereta yang sama kelajuan dengan kita, kita rasa
slow. tetapi kalau kereta yang bawa 180 km/j  atau
300km/j macam kereta formula 1. kita hampir susah
untuk nampak. sebab dia sangat laju.
maka pada sesiapa yang pernah baca surat khabar
perdana ker, misteri ker, majalah mistik ker yang ada
offer buka pancaindera keenam. tak payah cari pasal.
itu namanya menempah jin duduk dalam badan.
cukuplah Allah telah tetapkan kita tidak nampak musuh
kita.
sebab jika nampak, menyesakkan jiwa, menyusahkan
urusan kita.
Bayangkan, kan tandas itu rumah jin, tengah kita nak
buang air besar jin bertenggek tengok kita berak, selesa
ker?.... saya taknaklah..
 
Teringat waktu pula waktu kecil dahulu, waktu di
kampung, ada bomoh besar datang kampung. Dia duduk
di rumah seorang tentangga di kampung tu. Kami pun
datanglah konon nak test. Buat-buat macam kerasukan.
maka si dukun pun mula menggelupur. pembantunya
kata, sebelah kanan kiri pak  dukun ada malaikat israfil
dan mikail duduk. pak dukun megelupur sebab nak paggil
malaikat jibril turun merawat..

...................apa yang anda fikir?

kami balik, gelak berdekah-dekah...

macam-macam cara orang menipu.. sebab tu dalam
quran ada fiman Allah.  " Gangguan syaitan dari jenis jin
dan manusia"

Manusia yang jahat juga adalah syaitan.
mereka inilah wali-wali syaitan jenis jin.

Teringat Ustaz yang mengajar saya rawatan rukyah dulu.
dia kata di pernah merawat seorang budak perempuan.
budak ini asalnya sangat periang. Tetapi suatu hari dia
jatuh sakit. dia diam jer. tunduk dan bongkok.
bapaknya mula risau. dia dari keluarga kaya. Tetapi
bapaknya ada akidah, dia tidak pergi jumpa bomoh atau
"ustaz" yang mengarut-ngarut ni.
Setiap malam dia akan bawak anak dia agar dibacakan
rukyah. sejam sehari. takda kaedah lain. baca dan baca.
bemingu-minggu. taida respon.Tetapi dengan takdir Allah
setelah lama mendiam didalam badan, jin tu sudah tidak
tahan dengan rukyah. dia menjerit. dan akhirnya keluar.
Alhamdulillah Allah sembuhkan anak ini, dia kembali aktif
bahkan cenderung pada agama. Akademik disekolah pun
bertambah baik.

Rawatan rukyah tidak menjamin kesembuhan dengan
asbab perawat. tetapi menjamin kesembuhan dengan Izin
Allah, cepat lambat, bergantung pada kehendak Allah
yang Maha Bijaksana.

Thursday 4 December 2014

JIN YANG PENIPU Bahagian 2




Kebanyakan orang yang mengaku-ngaku sebagai seorang perawat dan mempunyai ilmu yang luar biasa ni, adalah org yang:

1. Dia memang latar belakang ustaz, tetapi syaitan melantiknya menjadi wali syaitan dengan cara memesongkan cara mengubatnya. contoh seorang ustaz di Malaysia yang sangat terkenal tentang pengubatan "islam" belajar dari Ulama yang terkemuka iaitu Wahid Abdussalam Bali. sungguh dia belajar dari sumber yang benar, tetapi dia mengamalkan ilmunya dengan cara yang berbeza dari yang dia pelajari ( cara sendiri yang dia yakin berhasil) . Ayat yang dibacanya benar dari quran, tetapi ditokok tambah dengan kaedah-kaedah yang tidak dikenal oleh Sunnah tak diajar pun oleh gurunya.

dia menjadikan pengalamannya sebagai gurunya. ketahuilah, Imam Ahmad sendiri walaupun dia telah meninggal dunia, capalnya pun ditakuti syaitan, tak perlu pun dia ada dan membaca jampi serapah, sebab apa? sebab akidahnya benar. ilmunya benar, amalannya benar. Maka sudah cukup untuk digeruni syaitan.
Ustaz ni pula, siap baca ayat rukyah dan dicampur kaedah tertentu,serta dia menjual tangkal yang perlu diletak dirumah, jual ubat yang tak logik akal. wajib beli ubatnya. dan mengenakan bayaran melampau. memegang pesakitnya walaupun perempuan. Haram tetap haram. apa kena mengena penyakit rohani  dengan fizikal. bagi alasan darurat dan samakan dengan penyakit fizikal macam dr hospital. tak sama langsung.

2. Orang yang tidak mengamalkan islam secara benar. Dia adalah orang yang jauh daripada agama, orang yang begini sangat suka didampingi oleh syaitan. sebab dia akan berbuat sesuatu yang diajar syaitan sebab dia tak tahupun apa yang dia buat itu betul atau salah. disebabkan kepandaiannya itu, dia dikenal oleh kawan-kawannya, mulalah dia terkenal di kalangan kawan-kawannya dan seterusnya mereka mendatanginya mendapatkan rawatan atau menilik nasib dan macam-macam lagi.

Kita boleh melihat orang yang begini, tidak kita jumpa mereka di masjid, tidak dimajlis ilmu, sebab mereka merasakan mereka dah tahu semua benda.

3. ahli Ibadah yang tidak mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh. Selalu saya ingatkan, jika bab dunia kita fokus dan seringkali memastikan apa yang kita buat tu tepat dan step by step dari sumber yang benar. Tetapi dalam bab agama, kita buat sambil lewa sahaja. asal dengar orang cakap dari Nabi, terus kita ikut tanpa kita kaji betul-betul.

Ahli Ibadah adalah orang yang suka beribadah. Ye Alhamdulillah bagus, tetapi mereka jarang belajar samaada amalannya itu benar menepati petunjuk Rasulullah atau tidak. Mereka inilah yang sering bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki berjubah putih yang mengaku sebagai orang alim, mengajarkan beberapa kalimat, dan ilmu. dengan dia mengamalkan kalimat itu dia mampu buat pekara yang luar biasa, boleh mengubat dan sebagainya. Ingatlah, hanya Nabi Muhammad sahaja para Jin dan Syaitan tak boleh menyerupai. selain darinya, dia boleh menyerupai.

 Maka ahli ibadah inilah yang akan membuat pekara-pekara luar biasa. Ketahuilah jika ia adalah karamah, ia bukanlah pekara yang boleh dibuat secara sengaja. Karamah berlaku secara tanpa sengaja. Ini tidak, ahli ibadah ini ada yang boleh terapung, ada yang boleh terbang, ada yang boleh melihat sesuatu tempat tanpa berada disitu dengan sengaja.

Mereka kelihatan tawadhu, tetapi sayangnya mereka di jerat dengan belitan tipudaya syaitan kerana mengamalkan amalan yang tidak berasal dari sumber yang benar. Membuat air jampi, dan dijual. Adakah ayat quran itu tujuannya untuk dijual beli?

Nak dijadikan kisah. dan ia kisah benar:

Ada suatu ketika di sebuah perkampungan. suatu kawasan lapang nak dibangunkan sebagai taman permainan. tetapi ada satu batu besar.  dikeliling batu itu tanah telah dibersihkan dan diratakan. Setiap kali jentera mahu memecahkan batu itu, pasti jentera akan padam sendiri. ia menyebabkan kontractor pelik. Maka dipanggil orang alim untuk bantu.  Maka datanglah seorang lelaki ahli ibadah. Dia bertapa disitu, solat, berzikir, maka dia dibetitahu bahawa disitu ada jin. Jin tu kata padanya itu tempat tinggalnya, kampung itu ada ketua kampung yang bagus. maka apabila diberitahu pada ketua kampung disitu, maka tempat itu tak jadi dimajukan, dibiarkan sahaja, dan dalam masa yang sama, bagi menghormati Jin tu, ketua kampung ini membina sebuah keris besar anti karat (stainless steel) berhampiran tapak itu dan diberi nama sempena nama Jin yang menetap disitu.
Inilah kesyirikan terbesar dikampung itu. Pak Imam pun tak mampu berbuat apa-apa. Kerana mereka tidak dididik dan belajar akidah. Ingatlah ketika perang Ahzab, Para sahabat pun tak boleh memecahkan batu besar, mereka rujuk pada Nabi Muhammad, maka Nabi memecahkannya dengan tangannya sendiri. Kenapa kita sekadar membaca sejarah, tapi tidak memahaminya. Apa yang patut dibuat adalah bacalah apa yang diajar Rasulullah. kuatkan imam dan takwa, mohonlah sesungguhnya pada Allah dengan seiklas hati untuk memecahkan batu itu. Jika semua kontraktor buat macam ni, maka, tak membagunlah negara ini. Projek semua gagal, sebab Jin punya rumah.
Jin dan Syaitan memang bijak, sebab mereka berumur panjang. Mereka punya banyak pengalaman dan tahu macam mana nak sesatkan seseorang anak adam. mereka akan mencucuk jarum demi jarum. Tak berjaya cara ni, mereka cari cara lain. Ingat mereka sangat sabar, cuma kita kurang sabar. Hanya orang yang bertwakal sungguh-sungguh pada Allah denagn petunjuk Rasullah sahaja akan selamat dari tipudaya syaitan. Tujuan utama mereka adalah mensyirikkan anak adam, terutama sebelum nafas terakhir. 

Berapa ramai orang yang telah dia sesatkan. Sangat ramai. terutama dalam bab rawatan islam ini. Cara rawatan islam adalah yang terbaik, tetapi dilakukan dengan cara yang salah, maka ia terus terpesong.