Banjir titik hitam sejarah peradaban manusia
Banjir yang tiba adalah bencana dan rahmat dari yang Esa,
Malapetaka dan ubat bagi yang lena dan leka,
Pada penguasa mahupun rakyat jelata,
Yang berhibur tanpa ingat akhirat sana,
Takut dan kecewa membeban jiwa,
Mencongak nasib tak tahu kemana,
Mencari bukit dan teduhan untuk secebis nyawa,
Menghirup udara kesedihan tiada akhirnya,
Menghitung masa menyerah nyawa pada Pencipta,
Taubat dan insaf tiada terdaya,
Teringat insan tercinta tak tahu dimana,
Meredah ombak banjir tak pasti tempat pijaknya,
Mencari bahtera Nabi Nuh pasti tiada,
Yang ada hanya sedikit bantuan manusia,
Ada yang tiba ada yang tiada berita,
Untung meniaga tiada dikira,
Kerana kini ia tiada guna,
Walau wang ada berjuta,
Di bank atau rumah mempersona,
Hancur musnnah dilanda bencana,
Yang tinggal hanya harapan di dada,
Langit dan bumi jangan diminta,
Kerana mereka hanya hamba yang Esa,
Jangan syirik dalam berdoa,
Kerana syaitan tak pernah lena,
Menarik manusia kelembah durjana,
Sesat di dunia dan di akhirat sana,
Salat hajat tiada berguna,
Jika tiada asal dari Rasul-Nya,
Juga syirik pada yang Esa,
Ikhlaskan niat dalam berdoa,
Walau dimana pasti diterima,
Bertaubatlah wahai manusia,
Allah itu Maha kuasa,
Dunia hanya fatamorgana,
Banjir pasti akan sirna,
Yang tinggal hanya jasad tidak bernyawa,
Dan kita yang punya mata,
Insaflah wahai manusia
Allah dan Rasul paduan kita,
Bukan tangkal, patung atau artis Idola,
Agar selamat didunia dan akhirat sana.
By Abu Urwah Nasarudin
27.12.2014
Kuala lumpur
No comments:
Post a Comment