Assalamualaikum semua, harini saya berbesar hati ingin berkongsi tips untuk jimat hebat dalam rumah tangga. anda boleh download ebook saya di link yang di berikan ini:
copy dan buka di browser yang baru. kemudian save.
https://drive.google.com/file/d/0B68yKTDnx-DGNW9kdE52TlJNNDA/view?usp=sharing
Wednesday, 1 July 2015
Tuesday, 23 June 2015
Salah ke nikah awal?
Salah
ke nikah awal?
Assalamualaikum,
cuba anda jawab soalan ini?
Bila
mengenangkan kembali, inilah kertas kerja yang saya buat ketika hendak nikah
tahun 2009 dahulu yang tajuk asalnya
"Apa sebab ingin menikah awal?"
"Apa sebab ingin menikah awal?"
saya ubah sikit hari ini agar mudah di hadam
Waktu
ketika itu saya sudah bertunang, setelah berhempas pulas bercakap dengan lidah
bahawa anak teruna ini (ketika itulah) bukanlah anak yang masih tiada rasa
apa-apa pada si hawa.
Maka dengan
izin Allah, terbukulah sebuah kertas kerja yang dicetak dua bahagian. Satu untuk
keluarga wanita,yang kedua untuk keluargaku sendiri.
Hanya
Allah yang tahu, susahnya hendak nikah pada ketika usia baru 21 tahun,
Di tahun
akhir Universiti Malaysia Sabah. Masih tidak punya kerja, hanya sekadar kerja
sambilan, menjual nasi lemak dari bilik ke bilik, jahit kasut, repair computer,
jual top up. Yer… yang biasa budak U buat.
Nak
kumpul RM10 ribu…. Huhu..
Saya
bukan anak orang kaya..
Ibu bapa
penoreh getah, yelah tahun tu, getah bukan mahal sangat. Ibu bapa mertua pula
kerja kampong.. sama jer, tak kaya, sekadar cukup untuk hidup.
Perjuangan
untuk nikah pada ketika itu dibantu oleh banyak pihak, dan ada juga yang
mencaci. Cacian dari seorang Dr. hmm..
Penulisan
ini adalah hujah ilmiah yang saya tulis dan telah dirujuk kepada Ustaz Abdul
Wahab Bustami sebelum dicetak 2.
Dengan
bantuan beberapa orang ikhwah dan akhwat, akhirnya kami disatukan. Hantaran
dapat direndahkan, majlis di ala kadarkan.
Kami
tidak pernah mengenal antara satu dengan lain. Saya di Sabah, si dia di Serawak.
Pertama
kali jumpa, depan mak ayahnya. Dikenalkan oleh saudara saya. Mana orang tak
bingung, jumpa tidak, kenal tidak, tup-tup nak nikah…
Dahlah
masih belajar. Dua-dua macam tu.
Setelah
nikah, kami kembali ke Sabah dengan duit di poket ketika itu hanya RM20 sahaja.
Dan kini
setelah 6 tahun pernikahan,iaitu nikah pada 12 JUN 2009, saya berani untuk
kongsikan kertas kerja saya. Kertas kerja ini ditulis pada 26 April 2009, (di
dalam masjid UMS). Setelah disemak, barulah di berikan pada keluarga.
Kami
bertunang pada bulan 12 2008. Asal tarikh nikah hujung bulan 12 2009 (tunang setahun).
Setelah
kerja keras kami dinikahkan awal. Alhamdulillah.
Pancaroba
pernikahan tak perlu di ceritakan. Tetapi hadirnya tulisan ini adalah untuk
sama-sama membuka minda. Bahawa pernikahan adalah mudah. Banyak yang boleh
dijimat.
Peranan
ayah, abang, adik, kakak, saudara mara sangat penting. Tidak ada mengaibkan
sesiapa. Point paling penting kembali kepada pegangan salafussaleh, maka
mudahlah segala urusan.
klik pada gambar di bawah ini , buka pada browser baru. boleh save dan kongsikan pada teman-teman yang lain.
terima kasih
Semoga ia
dinilai ilmu yang bermanfaat disisi Allah.
Ia
mengandungi 101 muka surat temasuk muka hadapan.
Monday, 22 June 2015
Kelahiran Alami atau Kaedah Kelahiran di Hospital
Kelahiran Alami
atau
Kaedah Kelahiran di Hospital
Hadirnya tulisan adalah kerana
keadaan semasa yang menjadi viral di dalam facebook atau mana-mana media social yang lain
berkenaan topik “ natural birth” atau dikenali
oleh para doctor sebagai “ unassisted birth”
Kajian ini adalah kajian ilmiah
yang memaparkan sudut pandang mencakup semua bahagian.
- 1. Agama
- 2. Emosi
- 3. Sains
- 4. Masyarakat
- 5. Adat istiadat
Penulis menggunakan method
mendatang hujah jelas berdasarkan kajian semasa yang kini mudah di cari internet. Melalui website- website antarabangsa. Jurnal-jurnal perubatan terkini, serta kajian saintific dari website kimia. Bahkan terdapat banyak buku baku yang dijadikan rujukan dalam
kajian ini juga.
Menggunakan E-book sebagai
medium penyampaian adalah bertujuan agar para pembaca boleh menyemak sendiri
seluruh rujukan penulis lewat url yang
disertakan dinota kaki.
Lebih memudahkan lagi, pautan
video turut di lampirkan. Penggunaan bahan-bahan pembelajaran para doktor dan midewife lebih
meyakinkan.
Penulis mempunyai keilmuan dalam bidang Kimia daripada Universiti
Malaysia Sabah, dan turut mempunyai asas dalam bidang biologi. Maka membaca dan
memahami apa yang disampaikan oleh para doktor dalam jurnal mereka tidak
menjadi satu masalah.
Pengalaman penulis yang sudah
mempunyai isteri dan telah melihat,mendengar,merasa,
terlibat dan mengkaji proses kelahiran ketiga-tiga anak lelaki penulis
menyebabkan penulis berani membuat satu kumpulan ilmu dalam bentuk E-book ini.
Menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perbahasan di dalam
tulisan ini,tidak menjatuhkan tingkatan kualitinya, kerana bagi penulis, kita
kena faham dan sampaikan dengan cara paling mudah kepada pembaca agar ilmu itu
difahami dengan kefahaman yang paling tepat. Janganlah kita menjadi burung
murai yang membaca tetapi tidak faham isi kandungan bacaan.
Bahasa ilmu bukanlah bahasa
enggeris tetapi bahasa Arab. Bahasa enggeris adalah bahasa orang eropah. Bangsa
Jepun maju kerana semua urusan mereka dalam bahasa jepun. Begitu juga China,
korea, India, Arab dan kebanyakan Negara maju. Hatta Amerika Syarikat pun maju
sebab bahasa enggeris adalah bahasa harian mereka.
Maka penulis menyusun tulisan
ini sebaik mungkin agar ia boleh menjadi sedikit bahan rujukan ataupun
sekurang-kurangnya pembuka jalan kepada ilmu kelahiran untuk para ibu.
Penulis menyasarkan agar E-book
ini dimiliki oleh semua ibu yang memahami bahasa melayu. Ia mempunyai banyak
bahagian, dan total jumlah muka surat adalah 60.
Universiti kehidupan tak pernah ada gradusi, melainkan di hadapan Rab di akhirat kelak, maka tak salah kita terus menimba ilmu.
Universiti kehidupan tak pernah ada gradusi, melainkan di hadapan Rab di akhirat kelak, maka tak salah kita terus menimba ilmu.
Isi kandungannya:
Ia bukan untuk dijual, tapi di kaji dan dipelajari
Tulisan ini ditujukan kepada:
1. Semua wanita terutamanya ibu agar
mereka tahu dan bersedia untuk menghadapi situasi yang mejoriti semua wanita akan
mengalaminya. Iaitu bersalin.
2. Para pengamal perubatan, iaitu
para doktor disemua bidang agar tahu dan menerangkan kepada pesakit sebab dan
akibat setiap proses yang mereka lakukan.
3. Para pengamal perubatan
alternatif, agar mereka tahu dimana mereka berpijak.
4. Jabatan Kesihatan, agar
memberikan ruang dan peluang kepada Ibu memilih cara kelahiran anak mereka
kerana akibatnya Ibu yang akan menanggungnya.
5. Kepada pencari kebenaran. Islam
adalah agama yang lengkap,tidak ada satu pekara pun yang tidak dijelaskan.
6. Kepada orang awam, agar jangan
sewenang-wenangnya mengkritik atau menghina pilihan yang dibuat oleh seorang
ibu dalam cara melahirkan anaknya.
7. Seluruh manusia yang tahu
membaca, bacalah kerana dengan membaca banyak perkara akan tersingkap dengan
jelas.
01128369452(Abu Urwah Nasarudin)
dan penulis akan
memberikan ebook melalui email. Pastikan anda mempunyai email yang aktif. Boleh
juga melalui pautan di messager facebook.
Saturday, 21 February 2015
Pony cycle Malaysia
Assalamualaikum....
Saya nak jual set baru Pony cycle untuk usia 3-6 tahun.
Set ini boleh begerak dengan cara anak anda henjut badan mereka seperti menunggang kuda betul.
Boleh menampung berat sehingga 40 kg.
Ia tidak mengundur untuk keselamatan.
Boleh dikawal kanan ke kiri.
tayarnya berlampu.
untuk link video boleh semak di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=YbxgsS-ENXA
Harga Hanya RM550 satu.. kos pos rm30 seluruh Semenanjung Malaysia.
Saya nak jual set baru Pony cycle untuk usia 3-6 tahun.
Set ini boleh begerak dengan cara anak anda henjut badan mereka seperti menunggang kuda betul.
Boleh menampung berat sehingga 40 kg.
Ia tidak mengundur untuk keselamatan.
Boleh dikawal kanan ke kiri.
tayarnya berlampu.
untuk link video boleh semak di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=YbxgsS-ENXA
Harga Hanya RM550 satu.. kos pos rm30 seluruh Semenanjung Malaysia.
Sunday, 11 January 2015
Friday, 26 December 2014
Banjir titik hitam peradaban manusia
Banjir titik hitam sejarah peradaban manusia
Banjir yang tiba adalah bencana dan rahmat dari yang Esa,
Malapetaka dan ubat bagi yang lena dan leka,
Pada penguasa mahupun rakyat jelata,
Yang berhibur tanpa ingat akhirat sana,
Takut dan kecewa membeban jiwa,
Mencongak nasib tak tahu kemana,
Mencari bukit dan teduhan untuk secebis nyawa,
Menghirup udara kesedihan tiada akhirnya,
Menghitung masa menyerah nyawa pada Pencipta,
Taubat dan insaf tiada terdaya,
Teringat insan tercinta tak tahu dimana,
Meredah ombak banjir tak pasti tempat pijaknya,
Mencari bahtera Nabi Nuh pasti tiada,
Yang ada hanya sedikit bantuan manusia,
Ada yang tiba ada yang tiada berita,
Untung meniaga tiada dikira,
Kerana kini ia tiada guna,
Walau wang ada berjuta,
Di bank atau rumah mempersona,
Hancur musnnah dilanda bencana,
Yang tinggal hanya harapan di dada,
Langit dan bumi jangan diminta,
Kerana mereka hanya hamba yang Esa,
Jangan syirik dalam berdoa,
Kerana syaitan tak pernah lena,
Menarik manusia kelembah durjana,
Sesat di dunia dan di akhirat sana,
Salat hajat tiada berguna,
Jika tiada asal dari Rasul-Nya,
Juga syirik pada yang Esa,
Ikhlaskan niat dalam berdoa,
Walau dimana pasti diterima,
Bertaubatlah wahai manusia,
Allah itu Maha kuasa,
Dunia hanya fatamorgana,
Banjir pasti akan sirna,
Yang tinggal hanya jasad tidak bernyawa,
Dan kita yang punya mata,
Insaflah wahai manusia
Allah dan Rasul paduan kita,
Bukan tangkal, patung atau artis Idola,
Agar selamat didunia dan akhirat sana.
By Abu Urwah Nasarudin
27.12.2014
Kuala lumpur
Subscribe to:
Posts (Atom)