Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Ingin sama-sama mengkaji dan membetulkan
akidah kita bersama..
Dalam isu JANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BAWAH 40 HARI. Ia menjadi satu perkongsian mejoriti Rakyat Malaysia. Dengan alasan akan terkena
ain.
Menggunakan hadith ain. Maka kita rujuk hadith ini
Terdapat banyak hadis
Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam yang menyebut mengenai ‘ain dan
ini membuktikan kebenarannya dan kewujudannya. Ia mungkin kedengaran agak
janggal bagaimana pandangan mata itu boleh merosakkan, memudaratkan atau
menyebabkan seseorang itu sakit. Tetapi sebagai seorang yang beriman kepada
Allah dan perkara ghaib, kita wajib menerima perkara ini walaupun ia sukar
diterima akal dan kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan ‘ain supaya
tidak menimpa kita dan ‘ain kita tidak pula menimpa orang lain.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu
‘anhu, Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : Sesungguhnya pandangan mata
itu adalah benar. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi
dan Ahmad]
Disebutkan dalam penjelasan hadis ini bahawa
pandangan mata itu adalah sesuatu yang telah Allah jadikan sebagai satu sebab
yang boleh memudaratkan dan ia memang benar-benar wujud! Ia boleh terjadi
apabila orang yang memandang itu kagum dengan sesuatu yang dipunyai oleh orang
lain, lalu dia menginginkan kebinasaan atau kemudaratan ke atas orang itu
[Lihat : al-Mubarakfuri, Tuhfat al-Ahwazi, 6/186].
Dari Ibn ‘Abbas radhiyallallahu
‘anhu, Nabi shallallahu
‘alayhi wa sallam berkata
: “Pandangan mata itu adalah benar, jika ada satu perkara yang boleh mendahului
qadar (ketetapan Allah), maka ‘ainlah yang boleh mendahuluinya”. [Diriwayatkan
oleh Muslim]
Hadis ini menunjukkan besarnya mudarat yang
boleh dikenakan oleh ‘ain. Jika diandaikan adanya satu kekuatan yang boleh
mendahului ketetapan Allah, itulah ‘ain. Walaubagaimana pun ia tetap tidak
dapat mendahuluinya kerana kita mengimani bahawa ilmu (ketetapan) Allah
mendahului segala-galanya.
‘Ain ada 2 jenis :
‘ain manusia dan ‘ain jin.
Dari Ummu Salamah radhiyallahu
‘anha, Nabi shallallahu
‘alayhi wa sallam melihat
seorang hamba perempuan di rumahnya dan mukanya berubah warna kehitaman.
Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Berilah ia ruqyah
(jampi), sesungguhnya dia telah ditimpa pandangan mata”. [Diriwayatkan oleh
al-Bukhari dan Muslim].
Disebutkan bahawa pandangan mata itu ialah
pandangan mata jin. [Lihat al-Baghawi,Syarh
as-Sunnah].
.
Dalam satu hadis juga
ada menceritakan kisah seorang Sahabat yang bernama Sahl bin Hunaif sedang
mandi, lalu seorang Sahabat yang lain yang bernama ‘Aamir bin Rabi’ah berjalan
melewatinya yang sedang mandi. Apabila ‘Aamir ternampak kulit Sahl yang putih
dan cantik itu, beliau terus berkata dengan penuh kagum : “Demi Allah, aku
tidak pernah melihat (sesuatu) seperti yang aku nampak hari ini hatta tidak
seperti kulit hamba perempuan!”. Lalu Sahl terus jatuh pengsan. Maka Nabi shallallahu
‘alayhi wa sallam datang
kepada ‘Aamir dan dengan marah Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Untuk apa kamu
hendak membunuh saudaramu? Apakah kamu tidak mendoakan keberkatan baginya?
Mandilah untuk dia!”. [Diriwayatkan oleh al-Imam Malik; al-Arna-uth berkata :
Perawinya semua dipercayai]
Maka kita ketahui
disini semua penyakit ain ini berlaku disebabkan pandangan mata.
Maka bagaimana boleh
meletakkan satu tempoh masauntuk upload gambar bayi?
Dan apa kesannya?
Kesannya adalah melibatkan akidah, iaitu merasa sial. Atau didalam hadith ia dikenali
sebagai Thiyarah . dan Thiyarah adalah meramalkan
keberuntungan dan kesialan dengan sesuatu
Mengenai Anggapan Bernasib Sial
Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Ketahuilah, sesungguhnya perkara sial (yang berlaku pada)
mereka itu adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi mereka tidak mengetahui”
(QS. Al A'raf, 131)
Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Mereka (para Rasul) berkata: "perkara sial (yang
berlaku pada) kalian itu adalah kerana kalian sendiri, adakah kamu diberi
peringatan (bahawa kamu bernasib sial)? sebenarnya kamu adalah kaum yang
melampaui batas.”
(QS. Yasin, 19).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Tidak ada 'Adwa, Thiyarah, Hamah, Sofar"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim), dan dalam riwayat Imam
Muslim terdapat tambahan: "dan tidak ada Nau', serta ghaul." [68].
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Anas bin
Malik r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Tidak ada 'Adwa dan tidak ada Thiyarah, tetapi Fa'l
menyenangkan diriku", para sahabat bertanya: "apakah Fa'l itu?"
baginda menjawab: "iaitu kata-kata yang baik"
Abu Daud meriwayatkan dengan sanad yang sahih, dari Uqbah
bin Amir, dia berkata: "Thiyarah disebut-sebut di hadapan Rasulullah
s.a.w., maka baginda pun bersabda:
"Yang paling baik adalah Fa'l, dan Thiyarah tidak boleh
menggagalkan seseorang muslim dari niatnya, apabila salah seorang di antara
kamu melihat sesuatu yang tidak diinginkannya, maka hendaknya berdo'a: "Ya
Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang
dapat menolak kejahatan kecuali Engkau, dan tidak ada daya serta kekuatan
kecuali atas pertolonganMu".
Abu Daud meriwayatkan hadith yang marfu' dari Ibnu Mas'ud
r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Thiyarah perbuatan syirik, thiyarah perbuatan syirik,
tidak ada seorang pun dari antara kita kecuali (telah terjadi dalam hatinya
sesuatu dari hal ini), hanya saja Allah s.w.t. boleh menghilangkannya dengan
tawakkal kepadaNya".(Hadith Riwayat Abu Daud)
Hadith ini diriwayatkan juga oleh At Tarmizi dan dinyatakan
sahih, dan perkataan terakhir dia jadikan sebagai ucapan Ibnu Mas'ud)
Imam Ahmad meriwayatkan hadith dari Ibnu Umar r.a., bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barang siapa yang mengurungkan hajatnya kerana
thiyarah ini, maka dia telah melakukan perkara syirik", para sahabat
bertanya: "lalu apa yang boleh menebusnya?", Rasulullah s.a.w.
menjawab: " hendaknya dia berdoa: "ya Allah, tiada kebaikan kecuali
kebaikan dariMu, dan tiada kesialan kecuali kesialan dariMu, dan tiada sembahan
kecuali Engkau"
Dan dalam riwayat yang lain dari Fadl bin Abbas, Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Sesugguhnya Thiyarah itu boleh menjadikan kamu terus
melangkah, atau yang boleh mengurungkan niat (dari tujuan kamu)"
Maka, jika kita mengkaji menggunakan dalil hadith dan
al-quran, maka kita akan dapati, meletakkan tempoh masa 40 hari terawal sebagai
suatu kerisauan anak terkena penyakit ain adalah tidak berasas. Kerana:
1) Menetapkan
masa 40 hari adalah suatu perasaan Sial (merasa sial) hingga menyebabkan kita
takut untuk berbuat sesuatu. Ia adalah kesalahan Akidah yang boleh menggugat
kepercayaan kita pada Allah.Dalam Hadith sudah menjelaskan.
2) Penyakit
ain adalah penyakit yang berlaku apabila seseorang melihat seseorang atau
sesuatu yang dia kagum atau benci tanpa mengucapkan kalimah Subahanallah . Maka
Ain itu akan berlaku sama ada kita perasan atau tidak.
3) Penyakit
ain boleh berlaku tanpa ada had umur. Tak kira umur sehari atau 100 tahun.Sebab
menjoriti hadith penyakit ain adalah pada usia dewasa, hanya da satu tentang
bayi, tetapi martabatnya dinilai dhaif oleh para ulama.
4) Penyakit
ain adalah penyakit yang boleh diubati dengan ruqyah atau penglibatan orang
yang menyebabkan berlakunya ain.
5) Anak
umur bawah 40 hari tetap dipandang orang sebagai anak yang comel. Adakah sebab
takut penyakit ain, maka kita WAJIB selubung anak kita bila kita keluar dari
bilik kita? Sebab Ain lebih Mudah berlaku bila pandang direct.
6) Menggunakan
pengalaman merawat pesakit kanak-kanak sebagai alasan mengetahui punca anak
sakit sebab post gambar anak bawah umur 40 hari adalah suatu kebatilan, sebab
ia adalah prasangka semata dan menggunakan hadith umum dan memaksakan hadith
itu selari dengan pandangan peribadi. Ia adalah kebatilan ilmiah yang menipu.
7) Anak-anak
mejoriti sakit sebab.
a) Tidak
disusukan sepenuhnya (campur bagi susu tepung, air masak)
b) Ditinggalkan
pusat-pusat asuhan, tempat dimana anak tidak dijaga sebaiknya. Anak sekecil ini
memerlukan Ibunya sendiri menyusukannya dan menjaganya, kerana imunisasi badan
anak terbina dengan susu ibu dan hanya badan ibu sahaja anak terbebas dari
sebarang kuman atau penyakit.
c) Ibu
kurang ilmu menjaga anak, tidak kerap menukar lampin. Membiarkan anak menangis
lama tanpa dipujuk dan disusukan- akibatnya anak akan mudah demam. Waktu bawah
40 hari anak sedang membina sel-sel badannya, jika dibiar menangis
berpanjangan, maka anak akan cepat sakit.
d) Ibu
beralasan tidak punya susu, sebab itu tak menyusukan anak dan beri anak
supliment lain. Hakikatnya semua ibu mampu menyusukan anak, bila-bila masa,
dimana jua, dalam apa keadaan sekalipun. Ibu perlu tuntut ilmu.
Maka, belajarlah akidah agar
kita tidak tersesat dan saling menyebarkan maklumat palsu tanpa ada sandaran
hadith dan al-quran.
p/s: ini belum masuk bab
ambil gambar.
-Abu Urwah Nasarudin-